◉ HEADLINES

RMK13 berteraskan peningkatan pendapatan rakyat, negara: Fahmi

Menteri Komunikasi tegaskan kerangka Ekonomi Madani menjadi tungjang perancangan lima tahun akan datang

4:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bakal dibentangkan esok akan bertunjangkan usaha meningkatkan pendapatan negara dan rakyat, berteraskan kerangka Ekonomi Madani.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, RMK13 akan dirangka secara strategik mengikut prinsip Ekonomi Madani bagi merapatkan jurang sosioekonomi rakyat.

“Apa yang mendasari RMK13 ialah kerangka Ekonomi Madani yang kita ambil sebagai prinsip (utama).

“‘Raising the ceiling and raising the floor’, maksudnya dalam tempoh lima tahun akan datang, kita berhasrat meningkatkan pendapatan negara serta rakyat,” katanya.

Menurut beliau, tumpuan khusus akan diberikan kepada sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah tinggi, termasuk industri hiliran.

“Ini secara umum, tetapi perinciannya akan diketahui selepas pembentangan (RMK13) esok,” katanya kepada media selepas merasmikan International Connectivity Conference and Expo (ICC2025) di sini hari ini. 

RMK13 dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat esok.

Mengulas mengenai ICC2025, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata persidangan itu diharap dapat membuka peluang kepada peserta meneliti perkembangan terkini dalam sektor telekomunikasi dan perisian.

“Sebagai contoh, melalui aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang memanfaatkan Internet berkelajuan tinggi.

“Namun dalam ucapan saya, saya tegaskan bahawa walaupun kesalinghubungan dan liputan semakin meluas, aspek manusiawi — etika dan prinsip — perlu terus menjadi tunjang kepada pembangunan masa depan,” katanya.

Fahmi turut memaklumkan bahawa peralihan kepada rangkaian 5G kedua kini dilaksanakan bagi merangsang persaingan yang lebih sihat.

“Setakat ini, kita telah mencapai 82.4% peluasan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk padat. 

“Kadar penembusan 5G juga telah mencecah 80% di kawasan-kawasan itu (padat penduduk), ini satu pencapaian yang membanggakan.

“(Sebagai perbandingan), Korea Selatan — antara negara terawal melaksanakan 5G — mengambil masa lima tahun untuk mencapai penggunaan 58% dalam kalangan isi rumahnya,” katanya — 30 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

◉ Related