HEADLINES

Trump umum kadar tarif baharu ke atas Malaysia esok: PM

Perbincangan soal tarif atas semangat dan prinsip perdagangan bebas serta pelbagai siri rundingan

1:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan kadar tarif yang dikenakan ke atas Malaysia esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, perkara itu diputuskan menerusi panggilan telefon daripada Trump pada 6.50 pagi tadi.

“Beliau memutuskan untuk menangguhkan keesokannya dan kadar tarif akan diumumkan esok dan kita doa Insya-Allah ia akan membantu dan tidak membebankan ekonomi negara kita.

“Kami turut membincangkan soal tarif atas semangat dan prinsip perdagangan bebas serta pelbagai siri rundingan yang digerakkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama pihak Wakil Perdagangan dan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS),’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.

AS akan mengenakan tarif import sebanyak 25 peratus ke atas semua produk dari Malaysia bermula 1 Ogos 2025.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Trump telah menyatakan penghargaan kepada Malaysia kerana memainkan peranan yang berkesan dalam menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja.

“Walaupun dalam respons saya menyatakan ini kerana kesepakatan Asean dan sikap positif kedua-dua negara serta kerjasama yang ditunjukkan AS terutamanya Trump dan Xi Jinping (Presiden China),” katanya. – 31 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related