HEADLINES

Ibu nafi kaitkan kematian Zara Qairina dengan mana-mana VVIP: peguam

Ibu Zara Qairina menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan kematian anaknya dengan VVIP

4:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir yang maut di sebuah sekolah agama di Papar, menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan kematian anaknya dengan individu berprofil tinggi.

Barisan peguam yang mewakili Noraidah Lamat iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, berkata, dakwaan yang mengaitkan kematian Zara dengan mana-mana individu adalah tidak berasas.

“Ibu kepada Zara Qairina Mahathir tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengaitkan kematian Zara dengan mana-mana individu berprofil tinggi atau dikenali sebagai VVIP.

“Sebarang andaian atau dakwaan sedemikian adalah tidak berasas dan tidak datang daripada daripada anak guam kami,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Peguam terbabit juga memberitahu, Noraidah tidak mempunyai sebarang maklumat atau pengetahuan berkaitan dakwaan kononnya terdapat teriakan ‘kau pembunuh’ oleh pelajar kepada seorang pelajar tertentu pada hari kejadian.

Perkara berkenaan, katanya, hanya diketahui oleh Noraidah menerusi hantaran yang tular di media sosial.

“Anak guam kami juga tidak ada mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat tiga pelajar sekolah telah dipindahkan dari SMKA Tun Datu Mustapha Limauan pada hari kematian Zara. Maklumat tersebut hanya diketahui oleh anak guam kami selepas ia tular di media sosial,’’ katanya.

Justeru, mereka meminta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan kerana dakwaan palsu itu boleh menganggu siasatan polis dan menimbulkan fitnah kepada mana-mana pihak.

Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan dijumpai tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar, Sabah pada 4 pagi, 16 Julai lepas.

Pelajar itu meninggal dunia keesokan harinya dan kes kematiannya menjadi tular di media sosial serta dikaitkan dengan kejadian buli.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution ismail berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian Zara dan 60 saksi dipanggil bagi membantu siasatan.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, meluahkan rasa kecewa apabila keluarganya terus dikaitkan dengan kes Zara Qairina.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau mendakwa terdapat Ahli Parlimen yang cuba mengaitkan dirinya dan keluarga ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pendidikan dalam sidang Parlimen.

“Masih ada lagi yang membuat fitnah kepada kami sekeluarga. Semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pendidikan, ada juga Ahli-Ahli Parlimen yang antaranya merupakan peguam, cuba mengaitkan saya dengan kes Allahyarhamah anakanda Zara Qairina.

“Seolah-olah saya berperanan sebagai VVIP (orang kenamaan) yang cuba melindungi individu-individu yang terlibat dalam kes ini, terutama isteri saya yang sudah pun membuat penafian dan disiarkan dalam media utama dan sosial,” katanya. – 2 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related