HEADLINES

Terlalu letih dipercayai punca pemandu bas rombongan tadika langgar pokok di Serdang

Siasatan mendapati pemandu berusia 44 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol

1:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terlalu letih dan tidak cukup tidur dipercayai menjadi punca kemalangan sebuah bas yang membawa 30 murid dan lima guru Pusat Asuhan Tunai Islam (Pasti) Ampang di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang semalam.

Menurut Ketua Polis Serdang, Muhamad Farid Ahmad, siasatan mendapati pemandu bas yang berusia 44 tahun itu mengaku terlelap kerana tidak cukup rehat ketika kejadian.

Suspek, katanya, kini direman dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rekod menunjukkan suspek memiliki 13 saman lalu lintas.

“Bagaimanapun siasatan mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga murid dan seorang guru cedera selepas bas yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok, dalam kejadian pada jam 12.18 tengah hari semalam.

Dalam kejadian itu, mereka dalam perjalanan ke dari sebuah kilang coklat menuju ke MAEPS Serdang. Klip video kemalangan itu kini tular di media sosial.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan rombongan murid tadika berkenaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden itu semalam dan kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“JPJ akan jalankan JISA terhadap pengendali bas tersebut dan akan ambil tindakan selanjutnya selepas laporan audit diterima,” katanya, lapor Bernama. – 3 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related