HEADLINES

Penganjur nafi Raja Azlan cedera serius akibat disengat ubur-ubur

Penganjur menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Raja Azlan mengalami kecederaan serius

4:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak ada kecederaan serius dialami oleh anakanda Sultan Perak, Raja Kecil Besar Perak, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah akibat terkena sengatan ubur-ubur ketika menyertai acara Teluk Senangin Open Water Swim 2025, di Lumut.

Penganjur acara berkenaan, Sekretariat Teluk Senangin Open Water Swim dalam kenyataannya hari ini berkata Raja Azlan berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang acara tersebut meskipun ada kecederaan yang sangat ringan pada tangan akibat terkena sengatan ubur-ubur.

Raja Azlan, menyertai acara itu bagi kategori remaja lelaki (12-19 tahun) sejauh tiga kilometer.

“Terdapat beberapa laporan media dan kenyataan tular di media sosial yang menyatakan Raja Azlan mengalami kecederaan serius akibat terkena sengatan obor-obor semasa menyertai acara Teluk Senangin Open Water Swim 2025 ini.

“Pihak penganjur menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

“Untuk makluman, tiada sebarang kecederaan berat mahupun serius telah berlaku ke atas baginda Raja Azlan,’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Semalam media melaporkan, dua peserta acara renang terbuka cedera disengat ubur-ubur semasa menyertai program itu di Pantai Teluk Senangin, Lumut.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung, kira-kira 30 hingga 40 peserta program itu, yang majoriti adalah lelaki berusia 11 hingga 15 tahun turut disengat.

Manakala tiga mangsa lagi dirujuk ke Hospital Seri Manjung.

Dalam pada itu, penganjur tersebut juga memberitahu, sebarang dakwaan mengenai kecederaan berat atau perkara yang boleh mencemarkan nama baik institusi diraja adalah tidak berasas sama sekali.

Ia juga, katanya, dianggap sebagai cubaan untuk mencetuskan kekeliruan serta mencemarkan keharmonian acara tersebut.

“Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Teluk Senangin untuk memberi sokongan kepada anakanda baginda serta seluruh peserta pertandingan.

Mengenai peserta yang terkena sengatan ubur-ubur, penganjur memberitahu mereka menerima rawatan serta-merta di khemah rawatan yang disediakan.

“Hanya lima peserta dirujuk ke Hospital Seri Manjung bagi pemerhatian lanjut dan tiada laporan rasmi daripada hospital atau keluarga peserta yang menyatakan kesan jangka panjang atau komplikasi serius.

“Perlu ditegaskan tiada sebarang kejadian kritikal atau kecederaan serius berlaku dan
tiada peserta dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),’’ katanya.

Justeru, penganjur meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dan kegusaran awam. – 3 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related