HEADLINES

Fahmi terkilan tak sempat libatkan Ross Ariffin dalam penghasilan lagu Hari Kebangsaan

Allahyarham pernah menyifatkan lagu yang disediakan untuk Hari Kebangsaan adalah satu pengiktrafan

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat melibatkan komposer terkenal, Roslan Ariffin Jamil atau Ross Ariffin dalam penghasilan lagu sempena Hari Kebangsaan.

Ross Arifin, 63, menghembuskan nafas terakhir pada 5.30 petang semalam.

Menurut Fahmi, beliau telah menyampaikan hasrat berkenaan kepada Allahyarham ketika mengunjungi studio Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ketika itu, komposer terbabit menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali berkarya walaupun beberapa kali diserang angin ahmar.

Beliau berkata pada lawatan disertai Ketua Pengarah RTM Datuk Suhaimi Sulaiman dan Pengarah Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail itu, arwah juga kelihatan teruja melihat pelbagai jenis instrumen muzik.

“Waktu itu beliau telah ada beberapa rangkap (melodi) yang dimainkan. Kita akan cuba cari balik lagu itu, berusaha untuk melengkapkannya.

“Saya masih ingat kata-kata (arwah), yang bermain dalam fikiran, lagu disediakan yang saya harap untuk Hari Kebangsaan sebagai satu pengiktirafan,” katanya, lapor Bernama.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin hari ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini selepas solat zuhur.

Berita kematian Ross telah dikongsi oleh Fahmi menerusi akaun Facebooknya malam tadi.

Allahyarham pernah mencipta lagu untuk beberapa artis popular tanah air antaranya Datuk Aishah (Kemaafan Dendam Yang Terindah), Fauziah Latiff (Dia), Ning Baizura (Kau dan Aku) dan Jaclyn Victor (Ceritera Cinta). – 3 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related