HEADLINES

Tiada rancangan liberalisasi sepenuhnya e-hailing rentas sempadan Singapura-Malaysia : LTA

LTA berkata, pada masa ini terdapat Skim Teksi Rentas Sempadan (CBTS) timbal balik yang membenarkan sehingga 200 teksi berlesen dari setiap negara membawa penumpang antara Singapura dan Johor Bahru

8:33 AM MYT

 

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meliberalkan sepenuhnya pengangkutan titik ke titik rentas sempadan Singapura-Malaysia menerusi perkhidmatan e-hailing.

Agensi itu berkata pegawai dari Singapura dan Malaysia telah mengadakan pertemuan pada 1 Ogos bagi membincangkan pengaturan perkhidmatan rentas sempadan, namun tiada keputusan dibuat mengenai isu membenarkan perkhidmatan e-hailing rentas sempadan bagi membawa penumpang.

“Kami mengambil maklum laporan media Malaysia baru-baru ini yang menyatakan Singapura bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing rentas sempadan atas permintaan.

“Walaupun kami terbuka kepada idea untuk menambah baik pengalaman perjalanan rentas sempadan, kami ingin menjelaskan bahawa LTA tidak mempunyai perancangan untuk meliberalkan sepenuhnya pengangkutan titik ke titik rentas sempadan menerusi perkhidmatan e-hailing,” menurut LTA dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

LTA menjelaskan bahawa pada masa ini terdapat Skim Teksi Rentas Sempadan (CBTS) timbal balik sedia ada yang membenarkan sehingga 200 teksi berlesen dari setiap negara membawa penumpang antara Singapura dan Johor Bahru.

Teksi rentas sempadan ini hanya dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di satu lokasi yang ditetapkan di negara jiran – Larkin Sentral di Johor Bahru bagi teksi Singapura dan Terminal Jalan Ban San di Singapura bagi teksi Malaysia.

“Kami juga sedang mempertimbangkan untuk menambah bilangan lokasi mengambil dan menurunkan penumpang di kedua-dua negara, serta menggunakan aplikasi e-hailing bagi menempah perjalanan rentas sempadan dengan teksi berlesen,” menurut agensi itu, sambil memaklumkan bahawa kuota sedia ada di bawah CBTS masih belum digunakan sepenuhnya.

LTA menegaskan bahawa memandangkan CBTS merupakan satu pengaturan timbal balik, sebarang perubahan memerlukan persetujuan kedua-dua kerajaan.

Sementara itu, LTA berkata semasa mesyuarat berkenaan, pihak berkuasa Malaysia turut memohon agar perkhidmatan bas rentas sempadan Singapura dibenarkan beroperasi dari Johor Bahru seawal 4 pagi.

Agensi itu berkata permintaan berkenaan sedang diteliti, dengan pertimbangan utama bahawa ketibaan bas pertama perlu selari dengan waktu permulaan perkhidmatan bas dan MRT tempatan di Singapura.

LTA juga sedang berbincang dengan pengendali bas rentas sempadan mengenai kemungkinan untuk mengawalkan sedikit waktu mula perkhidmatan bas, serta meninjau minat pengendali bas swasta untuk mengendalikan perkhidmatan lebih awal pada kadar tambang yang lebih tinggi. – 4 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related