HEADLINES

Kes Zara Qairina: Polis serah kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini

Ketua Polis Negara mengesahkan sudah menghantar kertas siasatan berkenaan

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dikaitkan dengan dakwaan buli di Sabah, pada 16 Julai lalu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ketika dihubungi media mengesahkan sudah menghantar kertas siasatan berkenaan.

“Sudah submitted (serah) tadi (hari ini),” katanya ringkas menerusi WhatsApp, lapor BH.

Semalam, media melaporkan ibu kepada Allahyarham Zara Qairina membuat satu lagi laporan polis baharu berhubung kematian anaknya pada 16 Julai lalu.

Laporan dibuat di Balai Polis Sipitang, Sabah, selepas teringat semula melihat kesan lebam pada belakang badan Zara Qairina ketika memandikan jenazah anaknya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada 17 Julai lalu.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah agama di Papar, Zara Qairina Mahathir.

Menurut Perdana Menteri, kematian bukan soal yang ringan justeru sesiapa pun yang terlibat tidak akan diberikan perlindungan. – 4 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related