HEADLINES

UiTM henti ambil pelajar pascasiswazah luar negara sejak tahun lalu

Namun, UiTM masih mengambil pelajar luar negara untuk pertukaran mahasiswa bagi memastikan suasana pembelajaran ada elemen antarabangsa

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghentikan pengambilan pelajar program pascasiswazah dari luar negara sejak setahun lalu sejajar dengan matlamat penubuhan universiti yang khusus buat Bumiputera, kata Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kajian terperinci dijalankan dengan menjadikan asas penubuhan UiTM sebagai paksi utama demi memastikan universiti mencapai matlamat membantu golongan sasar.

“Kita memang sudah setahun tidak mengambil pelajar antarabangsa secara langsung dan ketika ini hanya menunggu pelajar sedia ada menghabiskan pengajian.

“Dalam Akta 173 kita secara jelas menyebut soal Perkara 153. Oleh kerana itu, kami sangat teliti untuk memastikan kita memenuhi peruntukan penubuhan asas UiTM untuk membantu Bumiputera,” katanya, lapor Bernama.

Namun, Shahrin yang ditemui pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Jalan-jalan Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan UiTM 2025 berkata, UiTM masih mengambil pelajar luar negara untuk pertukaran mahasiswa, antara lain bagi memastikan suasana pembelajaran mempunyai elemen antarabangsa.

Mengulas dakwaan Suara Siswa UiTM yang melihat kemasukan komersial menerusi Program UiTMSeat Plus menimbulkan kebimbangan, Shahrin berkata saluran berkenaan bukan ruang utama pengambilan pelajar sepertimana Unit Pusat Universiti (UPU).

“Jumlahnya adalah sangat sedikit, iaitu daripada keseluruhan 199,000 pelajar hanya 46 sahaja yang masuk menggunakan saluran komersial, iaitu UiTMSeat Plus yang membuktikan universiti itu masih memberi keutamaan kepada saluran UPU membabitkan pelajar daripada keluarga B40.

“Kita akan pastikan mereka ini tidak tersisih dalam mencapai atau memasuki program-program yang bersifat profesional dan utama. Jadi pengumuman yang kita buat itu tidak mengganggu tugas utama kita memastikan pendidikan diberikan akses kepada Bumiputera B40,” katanya.

Suara Siswa UiTM dalam kenyataannya semalam menzahirkan kebimbangan susulan pengiktirafan Program UiTMSeat Plus dalam pekeliling berkaitan permohonan memasuki kolej kediaman, baru-baru ini.

Kesatuan itu juga mendakwa program terbabit tidak adil apabila pelajar yang masuk ke universiti menggunakan saluran UPU dapat menikmati subsidi, sedangkan pelajar berpendapatan rendah perlu membayar yuran tanpa subsidi sekiranya masuk menerusi saluran UiTMSeat Plus. – 6 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related