◉ HEADLINES

Malaysia Airlines teratas dalam OTP, catat 85.3% bagi penerbangan domestik: MOT

Sekiranya terdapat gangguan penerbangan, syarikat penerbangan dikehendaki mengerahkan pasukan pengendalian kelewatan penerbangan, kata MOT

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines telah mencatatkan prestasi masa tepat (OTP) sebanyak 85.3% bagi penerbangan domestik sehingga Mei lalu, diikuti AirAsia pada 84.5% dan Batik Air 73.5%.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), pada akhir 2024, Malaysia Airlines mencatat OTP atau keupayaan mengendalikan penerbangan mengikut jadual ditetapkan pada 84.7% manakala AirAsia 67.9% dan Batik Air pada kadar 73.9%.

“MOT melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) sentiasa memantau ketepatan masa atau On-Time Performance penerbangan oleh syarikat penerbangan di Malaysia.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah menerbitkan data On-Time Performance sejak 2024 bagi syarikat penerbangan tempatan dan tanggungjawab ini telah diteruskan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), selaras dengan dasar ketelusan Kerajaan.

“Sekiranya terdapat gangguan penerbangan, syarikat penerbangan dikehendaki mengerahkan pasukan pengendalian kelewatan penerbangan, mengeluarkan kenyataan media dalam masa 24 jam untuk gangguan penerbangan utama (major) dan menyediakan laporan terperinci kepada CAAM,’’ katanya menerusi jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen.

MOT berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis daripada Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang ingin mengetahui punca utama kepada kelewatan penerbangan yang semakin kerap terutama melibatkan penerbangan domestik dan ingin mengetahui hak dan kerugian penumpang dilindungi.

Menurut MOT, CAAM akan menilai semua aduan terhadap syarikat-syarikat penerbangan dan mengambil tindakan sewajarnya dan diselesaikan seperti mana yang ditetapkan di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).

“MACPC telah ditambahbaik dan diwartakan pada 2 September 2024 bagi meningkatkan lagi hak perlindungan pengguna,’’ katanya.

Tegas MOT, MACPC menetapkan kewajipan syarikat penerbangan untuk menawarkan hak kepada pengguna penerbangan, meliputi kelewatan dan pembatalan penerbangan.

“Antara penambahbaikan MACPC 2024 adalah menetapkan keperluan untuk syarikat penerbangan menawarkan pilihan bayaran balik dalam bentuk pembayaran asal untuk sebarang kelewatan penerbangan melebihi lima jam, termasuk kelewatan yang disebabkan oleh keadaan luar biasa. – 8 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related