HEADLINES

Warga tempatan, pasangan berkahwin luar negara dibenar daftar cerai di Malaysia

Hakim Mahkamah Tinggi berkata Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) memberikan pasangan hak sama seperti mereka yang berkahwin di dalam negara

9:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Malaysia mempunyai kuasa membenarkan pasangan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pasangan Malaysia mendaftar perceraian mereka di negara ini walaupun telah berkahwin dan perkahwinan mereka dibatalkan di luar negara, demikian keputusan Mahkamah Tinggi di George Town, Pulau Pinang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Arshad berkata Seksyen 31 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA) 1976 memperuntukkan pasangan tersebut hak yang sama seperti mereka yang berkahwin di dalam negara.

Beliau membuat keputusan itu ketika mempengerusikan permohonan pendaftaran cerai seorang wanita yang berkahwin di Indonesia.

Menurut Azizan dalam kes terbabit, wanita warga Indonesia berusia 47 tahun dan suaminya warga Malaysia kini berada di negara ini.

“Oleh itu, LRA adalah terpakai,” katanya dalam satu penghakiman baru-baru ini, lapor FMT.

Beliau berkata LRA ‘secara jelas memberi kuasa’ kepada mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan sedemikian.

Ketika membenarkan permohonan wanita itu, Azizan berkata beliau berpuas hati bahawa perkahwinan mereka telah memenuhi semua syarat seperti yang digariskan dalam perundangan dan sah.

Pasangan itu telah berkahwin dan didaftarkan di Pekalongan, Indonesia, pada 30 Jun 2012.

Mereka datang ke Malaysia dan mendaftarkan perkahwinan mereka di sini pada 15 Ogos 2012 di bawah LRA.

Perkahwinan mereka berdepan kesukaran dan berakhir dengan perceraian sebelum prosiding pembubaran perkahwinan dijalankan di Pekalongan.

Berikutan itu, wanita terbabit bersama lima anaknya yang berusia antara lapan hingga 19 tahun pulang ke Malaysia dan mendaftarkan perceraian di negara ini pada 11 April lalu. – 10 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related