HEADLINES

Kes Zara Qairina: MCMC sita kad sim, telefon bimbit pemilik Facebook sebar berita palsu, 3R

MCMC berkata ia dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan awam, selain menjejaskan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam kenyataan seorang individu selain menyita satu unit telefon bimbit dan kad SIM selepas didakwa memuat naik maklumat palsu dan bersifat 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) di akaun Facebook miliknya.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu dijalankan susulan penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“Kandungan tersebut dipercayai mengandungi maklumat palsu dan bersifat 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) dan dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan awam, selain menjejaskan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa.

Menurut MCMC, bagi membantu siasatan, individu terbabit telah dipanggil untuk sesi rakaman keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 9 Ogos 2025.

“Satu (1) unit telefon bimbit dan satu (1) keping kad SIM telah disita untuk membantu siasatan,” kata kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai agar memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan dan berhati-hati dengan sebarang kandungan spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan awam.

Penyebaran maklumat yang belum disahkan bukan sahaja berisiko mengguris hati keluarga mangsa, malah bercanggah dengan nilai etika dan boleh mengganggu proses keadilan.

Dalam perkembangan berkaitan, proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar itu sedang berlangsung di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, diketuai pakar patologi Dr Jessie Hiu.

Jenazah Allahyarham Zara dikebumikan pada 17 Julai lalu selepas disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama SMKA Tun Datu Mustapha pada 16 Julai.

Sebelum ini, keluarga arwah meminta kubur Zara digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan agar dapat melengkapkan siasatan berhubung punca kematian pelajar terbabit. – 10 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

LRT 3 fault free run: Meeting between Prasarana and main con scheduled next week

Transport Minister Anthony Loke says FFR still pending as priority is safety

After inDrive, Maxim faces the axe as Apad cracks down on e-hailing violators

It's the second Russian-founded e-hailing firm facing expulsion over licence breaches

UPSR, PT3 and the illusion of reform: why Malaysia’s schools are stuck in factory mode – Ravindran Raman Kutty

Malaysia’s education system lurches from one reform to another, abolishing and reviving exams without addressing its deeper failure: a factory-style model that prioritises compliance and memorisation over creativity, critical thinking and digital fluency. As other nations prepare citizens for an AI-driven economy, Malaysia remains trapped in an outdated mindset that no longer serves its children — or its future

Related