◉ HEADLINES

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan semula di pusara asalnya

Proses pengebumian semula jenazah Zara hanya mengambil masa setengah jam

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selamat dikebumikan semula di lokasi sama di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang jam 1.15 pagi tadi.

Urusan mengembalikan semula jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar ke pusara asalnya hanya mengambil masa setengah jam.

Prosedur bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I (HQE) semalam berlangsung selama lapan jam bermula kira-kira jam 11 pagi dan selesai pada jam 7.30 malam.

Selepas prosedur bedah siasat selesai, kenderaan yang membawa jenazah Zara meninggalkan HQE pada jam 9.20 malam dan tiba di sini jam 12.41 tengah malam.

Cuaca hujan ternyata tidak menghalang orang ramai termasuk keluarga dan kenalan Zara Qairina menunggu di sekitar kawasan perkuburan sehingga proses pengebumian selesai, lapor BH.

Kelmarin, media melaporkan penggalian semula kubur Zara mengambil masa lebih satu jam bermula jam 6.04 petang dan selesai pada jam 7.31 malam.

Sebelum ini media melaporkan Zara didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang pada jam 4 pagi 16 Julai lalu.

Zara disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan. – 11 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related