HEADLINES

Kadar pengangguran pada Jun kekal 3%

Bilangan penganggur pula menurun kepada 518,700 orang

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran pada Jun kekal 3% dengan bilangannya menurun kepada 518,700 orang, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurut Statistik Tenaga Buruh bagi Jun dan Suku Kedua 2025 yang dikeluarkan hari ini, Mohd Uzir berkata pasaran buruh negara terus mempamerkan momentum pertumbuhan yang memberangsangkan pada Jun 2025 berikutan perkembangan positif ekonomi negara.

“Ini dicerminkan oleh peningkatan guna tenaga yang stabil dan penurunan berterusan dalam pengangguran. Justeru, tenaga buruh terus menunjukkan trend peningkatan pada Jun 2025, meningkat sebanyak 0.3% bulan ke bulan kepada 17.43 juta orang (Mei 2025: 17.38 juta orang).

“Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada Jun 2025 kekal 70.8%, konsisten dengan kadar yang direkodkan pada Mei,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi keseluruhan bagi suku kedua 2025, Mohd Uzir berkata tenaga buruh merekodkan peningkatan sebanyak 0.8% kepada 17.37 juta orang pada suku kedua 2025 (S1 2025: 17.23 juta orang).

KPTB meningkat sedikit, iaitu 0.1% kepada 70.8% berbanding 70.7% pada suku sebelumnya.

“Selaras dengan trend ini, bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.9% kepada 16.85 juta orang (S1 2025: 16.70 juta orang). Sementara itu, bilangan penganggur menunjukkan penurunan sebanyak 1.0% kepada 520,900 orang (S1 2025: 526,300 orang).

“Kadar pengangguran pada suku kedua 2025 berkurang sebanyak 0.1% kepada 3.0% berbanding suku tahun sebelumnya (S1 2025: 3.1 peratus).

Jelas Mohd Uzir lagi pasaran buruh Malaysia diilihat akan berada dalam kedudukan yang stabil pada bulan-bulan yang akan datang berikutan permintaan domestik yang meningkat, produktiviti buruh lebih tinggi, peluang pekerjaan bertambah dan pelaburan berkembang luas, khususnya dalam sektor berteknologi dan pelaburan strategik.

“Walaupun terdapat cabaran seperti migrasi bakat, ketegangan perdagangan global dan inflasi, dasar kerajaan dan dasar ekonomi yang memfokuskan kepada digitalisasi, latihan teknikal, dan insentif pelaburan dijangka menyokong kesinambungan pertumbuhan jangka sederhana dan panjang dalam pasaran buruh,” katanya. – 11 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related