HEADLINES

Wartawan, pegawai kanan ATM antara 10 direman kes sindiket penyeludupan

Op Sohor itu turut menahan reman seorang pengurus syarikat, seorang pembantu pentadbiran di Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan seorang wanita warga asing

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua wartawan agensi media dan lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara 10 direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula hari ini selepas ditahan berhubung kes sindiket penyeludupan yang beroperasi di selatan tanah air, semalam.

Operasi dikenali Op Sohor itu turut menahan reman seorang pengurus syarikat, seorang pembantu pentadbiran di Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan seorang wanita warga asing.

Wartawan yang ditahan dikatakan bertugas di agensi media secara dalam talian.

Menurut sumber, empat suspek lelaki direman tujuh hari sehingga 20 Ogos ini, dua lelaki dan seorang wanita pula direman dua hari sehingga Isnin ini, manakala dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia direman tiga hari sehingga 15 Ogos.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

“Pegawai kanan perisikan tentera itu dipercayai bersubahat dan membocorkan maklumat operasi kepada sindiket penyeludupan bagi mengelak sindiket terbabit daripada dikenakan tindakan.

“Barang seludup yang dibawa masuk ke negara ini membabitkan dadah dan rokok serta barangan lain dari negara jiran membabitkan nilai barangan seludup kira-kira RM5 juta sebulan,” katanya lapor Sinar Harian.

Sumber berkata, hasil risikan yang dijalankan selama 12 bulan mendapati, sindiket ini dipercayai membayar rasuah antara RM30,000 hingga RM50,000 kepada pegawai kanan tentera berkenaan setiap kali menyeludup masuk barangan itu.

“Rangkaian pembabitan pegawai kanan tentera itu dalam sindiket berkenaan adalah besar dan kompleks.

“Pada operasi Rabu itu, SPRM turut menemui sejumlah wang tunai lebih RM63,000, beberapa bungkusan dipercayai dadah, alat penimbang dan penyukat, minuman keras serta senjata api tiruan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Saiful berkata kes disiasat dibawah jenayah rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram. – 15 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related