◉ HEADLINES

Polis siasat akaun TikTok sebar berita tidak sahih mengenai Zara Qairina

Penyebaran maklumat tidak sahih juga boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan polis

10:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat satu akaun TikTok @berjuanguntukzara yang disyaki memuat naik kandungan tidak tepat dah sahih berhubung kes kematian pelajar 13 tahun, Zara Qairina Mahathir sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia membabitkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta kandungan mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak, selain boleh menyebabkan kegusaran dan kegentaran awam.

“Penyebaran maklumat tidak sahih juga boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan polis,” katanya dalam kenyataan.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang pada jam 4 pagi 16 Julai lalu.

Allahyarham disahkan meninggal dunia keesokannya selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Kumar turut menyeru orang ramai berhenti menyebar maklumat tidak sahih kerana boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat. – 16 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related