◉ HEADLINES

Kes Zara Qairina: Inkues bermula 3 Sept, akan panggil 195 saksi

Mahkamah berkata prosiding itu akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang terbabit dalam kematiannya

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini menetapkan prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan bermula pada 3 September ini.

Menurut mahkamah, prosiding itu akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang terbabit dalam kematiannya, lapor BH.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bertindak sebagai Koroner, menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenaan hari ini dengan sejumlah 195 saksi dikenal pasti akan dipanggil.

Mahkamah menetapkan tarikh prosiding pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September.

Terdahulu, wakil media dilihat berhimpun seawal pagi di bangunan mahkamah sebelum prosiding bermula pada jam 9 pagi.

Anggota polis juga digerakkan bagi memantau keadaan serta memastikan ketenteraman di sekitar kawasan mahkamah.

Semalam media melaporkan Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina,13, pada hari ini.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pagi 16 Julai. – 18 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related