HEADLINES

Sebutan semula kes amang seksual Naim Daniel 19 Sept

Pada prosiding 17 Jun lalu Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Putrajaya menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes penyanyi dan pelakon Naim Daniel yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu.

Kes itu disebut Hakim M Kunasundary di hadapannya hari ini yang menetapkan tarikh berkenaan dalam satu prosiding tertutup.

Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 8.56 pagi, 19 Mei lalu.

Dalam prosiding awal pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin.

Sementara itu, Naim diwakili peguam Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, Mohd Irwan Sumadi dan Datuk Amirul Ridzuan Hanif.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – 18 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related