HEADLINES

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual, kata Saifuddin

Menteri Dalam Negeri berkata tidak boleh ada usaha ataupun percubaan menutup kalau ada elemen buli

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujudnya elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual dalam kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, 13, baru-baru ini.

Beliau berkata, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ketiga-tiga elemen tersebut telah dikenal pasti dan disiasat secara menyeluruh.

“Tak boleh ada usaha ataupun percubaan menutup kalau ada elemen buli. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak-anak kita.

“Para pentadbir sekolah harus diingatkan, kalau ada insiden ini bawa ke tengah. Sebab itu siasatan kita menjurus hala tujunya kepada elemen buli. Ya, yang sudah pun kita lengkapkan siasatan itu.

“Ya, ada elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah. Ada kita siasat elemen pengabaian. Ada elemen gangguan seksual, kita siasat juga.

“Demikian terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau tidak,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Sinar Harian.

Berhubung dakwaan wujud cubaan menutup kes Zara Qairina atau siasatan dimanipulasi, Saifuddin Nasution menyifatkannya sebagai tuduhan berat.

Tuduhan itu katanya tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa dari awal hingga sekarang.

“Siasatan ini dibawa hinggalah ada diari adik Zara yang diserahkan oleh guru kepada polis, (mengandungi) catatan 51 halaman yang memberikan luahan hati Zara, momen masalah yang sedang dihadapi.

“Keterangan rakan yang tinggal satu asrama dengannya, apa yang berlaku pada tarikh 14, 15 haribulan itu. Semua polis lengkapkan dalam siasatan,” katanya.

Menyentuh proses inkues, Saifuddin menyifatkannya sebagai platform terbaik mencari kebenaran, sekali gus mengheret pelaku ke muka pengadilan.

“Di situ boleh tanya semua pihak secara telus, terang dan terbuka sekali lagi kerana kita mencari kebenaran dan membawa kalau ada pelakunya ke muda pengadilan,” katanya. – 18 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related