◉ HEADLINES

U Mobile lancar ULTRA5G, liputan 5G dalam bangunan lebih padu

U Mobile berkata menerusi ULTRA5G mereka menyasar untuk mencapai 80% Liputan Kawasan Berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua 2026

7:10 PM MYT

 

Kuala Lumpur – U Mobile melancarkan ULTRA5G, pengalaman 5G baharu yang dikuasakan oleh teknologi rangkaian pintar dan bertaraf perusahaan, mampu memenuhi keperluan masa depan ekosistem digital Malaysia yang semakin berkembang.

Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata pelancaran ini menandakan pemulaan rangkaian 5G generasi baharu U Mobile yang kini beroperasi dengan sasaran untuk mencapai 80% Liputan Kawasan Berpenduduk (CoPA) pada separuh kedua 2026.

Menurut Ooi Yuen, ULTRA5G menekankan komitmen U Mobile terhadap kelajuan ultra-pantas, keterhubungan ultra mantap dan liputan ultra luas.

“Pengguna U Mobile di Berjaya Times Square kini dapat melihat penanda ULTRA5G pada peranti mereka, hasil daripada liputan dalam bangunan (IBC).

“Ini menandakan langkah penting dalam strategi U Mobile untuk menyediakan liputan 5G yang menyeluruh dan konsisten di persekitaran dalam dan luar bangunan,” katanya sempena pelancaran jenama baharu U Mobile, ULTRA5G di Berjaya Times Square hari ini.

Bagi menyerlahkan keupayaan rangkaian pengalaman ULTRA5G, U Mobile telah mempersembahkan beberapa demonstrasi, termasuk penstriman langsung 4K yang pertama di Malaysia bagi roller coaster sepanjang 800 meter di Taman Tema Berjaya Times Square.

Penstriman langsung itu direka khas untuk menunjukkan kedalaman dan konsistensi liputan ULTRA5G, yang berjaya meliputi seluruh bangunan serta mengekalkan sambungan yang lancar dan stabil, walaupun roller coaster mencapai kelajuan sehingga 70 km/j.

“ULTRA5G menawarkan pengalaman digital yang dipertingkat, daripada penstriman ultra mantap dan permainan video imersif sehinggalah kepada panggilan video berkualiti tinggi di kawasan sesak.

“Bagi sektor perusahaan, ULTRA5G membuka peluang kepada penggunaan aplikasi maju seperti XR, robotik, bandar pintar dan automasi IR 4.0,” katanya.

Selain Berjaya Times Square, liputan rangkaian 5G tersebut juga tersedia di Jambatan Pulau Pinang, menghubungkan keseluruhan jarak jambatan dengan hanya dua menara, seterusnya menyediakan pengalaman sambungan yang lancar kepada pengguna harian. – 18 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related