HEADLINES

Gempa bumi lemah dirasai sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang

Pusat gempa dikesan terletak lima kilometer di barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu gegaran lemah bermagnitud 4.1 dikesan berlaku di Segamat, Johor pada jam 6.13 pagi tadi.

Gegaran itu turut dirasai penduduk di sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam satu kenyataan berkata pusat gempa dikesan terletak lima kilometer di barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer.

Mohd Hisham berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan, lapor Sinar Harian memetik Bernama.

Terdahulu, kerajaan negeri Johor menasihati orang ramai untuk menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata, beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan. – 24 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related