◉ HEADLINES

Proses bedah siasat kedua pelatih Palapes, Syamsul Haris dijalankan esok

Proses bedah siasat kedua akan dijalankan pada jam 9 pagi esok

1:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin bagi tujuan bedah siasat kedua, selesai pada jam 9.22 pagi tadi.

Menurut peguam keluarganya, Datuk Naran Singh Ara Singh, pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, digali semula pagi tadi dan jasadnya dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Proses bedah siasat, katanya, akan dijalankan pada jam 9 pagi esok, lapor Sinar Harian.

“Kerja penggalian dilakukan empat penggali kubur bermula jam 8.45 pagi dan jasad dikeluarkan pada jam 9.22 pagi dalam keadaan baik.

“Bedah siasat penuh akan dijalankan jam 9 pagi esok,” katanya kepada pemberita di lokasi Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu di sini, hari ini.

Naran juga memberitahu, keluarga Allahyarham berpuas hati dengan proses penggalian semula yang disaksikan oleh tiga pakar forensik IPFN HKL serta pakar forensik keluarga Datuk Seri Dr Bhupinder Singh.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kubur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih, digali semula.

Semasa membaca keputusan berkenaan, Bhupindar Singh berkata responden pertama iaitu Ketua Polis Negara atau pegawainya akan menyelia proses penggalian semula jasad anak sulung kepada Ummu Haiman Bee itu bagi menjalankan bedah siasat kedua.

Pada 19 Ogos lepas, Ummu Haiman Bee mengemukakan permohonan memohon bedah siasat kali kedua dijalankan serta mencadangkan untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat kematian anaknya.

Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lepas di Hospital Kota Tinggi, Johor, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada di Ulu Tiram, Johor dan dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu. – 29 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related