HEADLINES

PM sampai amanat Hari Kebangsaan pagi ini

Ia akan menjadi wadah bagi menyemai semangat patriotisme dan memperkukuh azam demi masa hadapan negara yang lebih gemilang

10:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat khas sempena Hari Kebangsaan 2025, yang dijadualkan pada 11 pagi ini.

Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 itu, akan menjadi wadah bagi menyemai semangat patriotisme dan memperkukuh azam demi masa hadapan negara yang lebih gemilang.

Beliau dijadual menyampaikan amanat khas itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Ia menyasarkan kehadiran lebih 4,000 tetamu antaranya penjawat awam dari pelbagai agensi dan jabatan, wakil badan beruniform, warga pendidik sekolah dan institusi pendidikan tinggi, pelajar, belia, wakil kesatuan sekerja serta usahawan, koperasi dan penjaja kecil.

Antara pengisian majlis amanat itu termasuk lafaz ikrar Rukun Negara oleh sukarelawan siswa bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan dan persembahan kebudayaan “Harmoni Madani”.

Majlis itu akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama termasuk RTM, Media Prima, Astro Awani, Bernama TV, TVS, TV AlHijrah, serta platform media sosial seperti Facebook Live.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan tema “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni” akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula jam 7 pagi Ahad. – 30 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

‘Even if I’m arrested or killed… the rally is still on’: Zamri Vinoth

Controversial preacher vows to press ahead with 'illegal houses of worship' rally despite threats of arrest

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Related