HEADLINES

5 bangunan kerajaan di Segamat alami keretakan kecil susulan gempa bumi: Ahmad Maslan

JKR kini dalam keadaan siap siaga 24 jam bagi menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan kerajaan

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam keadaan siap siaga 24 jam bagi menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan kerajaan berikutan beberapa gegaran akibat gempa bumi yang melanda Segamat, Johor.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya sudah menerima laporan awal daripada jurutera daerah Segamat yang mengesahkan kira-kira lima bangunan kerajaan mengalami kerosakan kecil, lapor Sinar Harian.

Antara bangunan terjejas, ujar beliau ialah Kolej Komuniti Segamat 1 dan 2, Kuarters Polis Gemereh dan Hospital Segamat yang masing-masing mengalami keretakan kecil pada dinding.

“Manakala Pejabat Kadi daerah Segamat dilaporkan terdapat sedikit siling yang jatuh.

“Walaupun kerosakan kesemua premis tidak serius, JKR akan terus memantau keadaan.

“Anggota kami sudah ditempatkan bagi memastikan aspek keselamatan awam diberi keutamaan,” katanya selepas mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai di Pekan Kayu Ara Pasong, Pontian, hari ini.

Terdahulu, satu gempa bumi lemah telah menggegarkan Segamat pagi tadi, menjadikannya gegaran keenam yang melanda daerah berkenaan dalam tempoh seminggu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berkenaan direkodkan pada jam 7.29 pagi dengan magnitud 2.7 pada jarak dua kilometer barat laut dari Segamat.

Sebelum ini, Segamat merekodkan beberapa kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.

Ahmad turut menggesa semua agensi berkaitan menilai semula reka bentuk bangunan di kawasan berisiko tinggi, termasuk dengan menggunakan bahan yang mampu menyerap gegaran.

Beliau juga mencadangkan agar pakar luar dirujuk bagi memperkukuh piawaian bangunan pada masa hadapan.

“Malaysia sering merasai kesan gempa bumi dari negara jiran, namun kali ini gegaran berlaku dalam negara, khususnya di Segamat. Kita perlu bersedia dengan reka bentuk bangunan yang tahan gempa bumi,” katanya seperti dilaporkan. – 30 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related