HEADLINES

Gegaran di Johor mungkin berlaku di Zon Sesar Mersing: Nadma

Nadma berkata, ia adalah gempa bumi lemah dan dijangka tidak memberi impak besar

11:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesemua kejadian gempa bumi yang dikesan baru-baru ini berkemungkinan berlaku di Zon Sesar Mersing di Semenanjung Malaysia, demikian jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, gerakan yang dikesan di Johor adalah gempa bumi lemah dan dijangka tidak memberi impak besar.

Menurut beliau, MET Malaysia merekodkan satu gempa bumi lemah bersama lima gempa bumi susulan (lemah) di sekitar kawasan Segamat, Johor dari 24 hingga kelmarin.

Kekuatan gegaran bermagnitud antara 2.5 hingga 4.1.

“Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang untuk kejadian gempa bumi di Johor pada 24 Ogos lalu.

“MET Malaysia tidak menerima laporan gegaran dirasai di Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang bagi gempa bumi susulan di Johor dari 27 hingga kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Musim Monsun Barat Daya (MBD) pula katanya, bermula pada 10 Mei lalu dan akan berterusan sehingga September ini berikutan keadaan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.

“Sepanjang musim ini, kadar kelembapan udara lazimnya adalah rendah menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.

“Sehubungan itu, negara akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan,” katanya lagi.

Menurut Abdul Halim, semasa kemuncak musim ini iaitu pada Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

“Secara amnya, rantau negara menerima tiupan angin baratan sepanjang tempoh ramalan.

“Lekukan Tropika Nongfa telah lenyap dan kelajuan angin di rantau negara dijangka sedikit melemah. Pembentukan garis badai yang membawa ribut petir/hujan lebat berserta angin kencang berpotensi berlaku di barat Semenanjung Malaysia dan barat Sabah serta utara Sarawak pada awal pagi.

Ribut petir/hujan pula dijangka berlaku di pedalaman dan timur Semenanjung Malaysia, timur Sabah dan Sarawak pada sebelah petang dan malam sepanjang tempoh ramalan, katanya. – 2 September, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related