◉ HEADLINES

Akaun TikTok Ketua Umno Padang Serai dipalsukan

Akaun terbabit dikesan menggunakan nama, gambar serta mencipta suara penyamaran teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa kebenarannya

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Padang Serai, Datuk Asmadi Abu Talib membuat laporan polis selepas mengesan dua akaun TikTok berkait dirinya dipalsukan.

Beliau berkata, akaun terbabit dikesan menggunakan nama, gambar serta mencipta suara penyamaran teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa kebenarannya.

Perkara itu disedari Asmadi selepas dimaklum ahli Umno Bahagian Padang Serai berhubung dua akaun palsu yang didaftar atas nama akaun tiktok.com/@chegumadi dan akaun tiktok.com/@cheggumadi.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin, berkata ahli politik berusia 50 tahun itu menyedari kejadian terbabit ketika berada di rumahnya di Taman Bidara, Kulim, 31 Ogos lalu.

“Akaun palsu ini dipercayai diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan penipuan kewangan.

“Kandungan yang dimuat naik bersifat mengelirukan dan boleh memberi persepsi salah kepada masyarakat umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baderulhisham berkata, pengadu juga bimbang kedua-dua akaun itu akan digunakan pihak tertentu untuk memperdaya orang ramai kononnya membabitkan pengadu dalam urusan bantuan kewangan.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin politik tempatan dan Ketua Umno bahagian, penyalahgunaan identitinya boleh menimbulkan beberapa kebimbangan menyebabkan penipuan kewangan dan kerugian kepada orang awam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang menjanjikan bantuan kewangan.

“Sebelum mengambil sebarang tindakan, pastikan kesahihan maklumat itu disahkan dengan pihak berkenaan dan jangan sesekali memindahkan wang kepada individu yang tidak dikenali.

Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi Semak Mule, Facebook JSJK PDRM atau menghubungi talian National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, katanya. – 2 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related