HEADLINES

Anwar bertemu Kim Jong Un di China

Perdana Menteri berkata pertemuan itu berlaku secara kebetulan kerana kedua-dua pemimpin tersebut merupakan antara tetamu yang hadir pada perarakan itu

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan China di Dataran Tiananmen, Beijing, China.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Perdana Menteri berkata pertemuan itu berlaku secara kebetulan kerana kedua-dua pemimpin tersebut merupakan antara tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

“Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tian’anmen.

“Sempat salam dan tegur sapa,’’ katanya.

Perdana Menteri berada di China bagi lawatan kerja empat hari ke negara itu, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025.

Perarakan tentera besar-besaran di Beijing itu diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Sebanyak 26 pemimpin asing menghadiri perarakan ketenteraan berskala besar itu termasuk Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Raja Kemboja, Norodom Sihamoni; Presiden Mongolia, Ukhnaa Khurelsukh; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Pemangku Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing. – 4 September, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related