◉ HEADLINES

1.7 juta tebus SARA semalam, rekod perbelanjaan keseluruhan RM425.2 juta

Sejak 31 Ogos lepas, lebih 6.6 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit SARA

9:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memasuki hari kelima semalam, berjalan lancar dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM106.1 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat 9.30 malam tadi.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataannya berkata, kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.5%, selaras dengan prestasi yang dicatatkan semalam.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang empat hari lepas telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai pada hari ini,” katanya.

Sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 6.6 juta rakyat atau 30% daripada jumlah penerima telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit SARA.

Ia merekodkan jumlah perbelanjaan keseluruhan mencecah RM425.2 juta di seluruh negara.

Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah hingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

Penghargaan SARA merupakan pemberian sekali beri sebanyak RM100 kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas yang diumumkan kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Inisiatif itu memberi memanfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan tambahan RM2 bilion, menjadikan peruntukan keseluruhan Sumbangan Tunai Rahman (STR) dan SARA tahun ini mencecah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara. – 5 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related