HEADLINES

SARA catat jualan RM107.1 juta pada hari keenam, capai keseluruhan jualan RM536.9 juta

Kementerian Kewangan memaklumkan kadar transaksi kekal stabil pada paras 99 peratus

11:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memasuki hari keenam semalam, berjalan lancar dengan jumlah jualan mencecah RM107.1 juta melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam tadi.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kadar transaksi kekal stabil pada paras 99 peratus.

Jelasnya, usaha menambah baik dan memperluas kapasiti pemprosesan sistem sepanjang lima hari lalu telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai hari ini.

“Secara keseluruhan, sejak pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah pada 31 Ogos, lebih 8.3 juta orang telah membeli barangan keperluan menggunakan Sumbangan SARA Rahmah dan kredit bulanan SARA, dengan jumlah perbelanjaan rakyat dalam tempoh enam hari mencapai RM536.9 juta di seluruh negara,’’ katanya.

Sumbangan Asas Rahmah sekali bayar yang bermula pada 31 Ogos dan diagihkan melalui MyKad memberi manfaat kepada 22 juta rakyat dengan peruntukan RM2 bilion.

Sara diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20, dan boleh ditebus tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad masing-masing.

Menurut MOF, kredit RM100 tersebut sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara. – 6 September, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related