HEADLINES

Mayat dalam kereta: 6 ditahan, suspek tembak polis masih bebas

Polis berkata mereka yang ditahan iaitu lima lelaki dan seorang wanita dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan

9:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan penahanan enam individu bagi membantu siasatan seorang konstabel polis yang cedera ditembak dan ditikam serta penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kenderaan di Simpang Pulai, Ipoh awal pagi semalam.

Beliau berkata, mereka yang ditahan iaitu lima lelaki dan seorang wanita dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Kesemua mereka ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi media.

Noor Hisam berkata, identiti mayat wanita yang ditemukan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) di kawasan kebun kelapa sawit itu sudah dikenal pasti sebagai warga tempatan berusia 62 tahun.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian wanita itu adalah akibat kelemasan.

“Kereta yang digunakan bukan kenderaan curi. Kes ini kini disiasat dengan lebih terperinci termasuk kaitannya dengan suspek utama,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam laporan media semalam, seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera selepas ditembak dan ditikam oleh seorang suspek ketika cuba memeriksa sebuah kereta mencurigakan di kawasan Taman Desa Pakatan pada jam 1.15 pagi.

Suspek turut melarikan diri bersama senjata api milik anggota polis tersebut.

Siasatan lanjut polis ke atas kenderaan itu kemudiannya menemukan mayat seorang wanita yang kepalanya difahamkan ditutup dengan beg plastik. – 8 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related