◉ HEADLINES

Mayat dalam kereta: 9 termasuk seorang wanita direman seminggu, konstabel ditembak dan ditikam

Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah, di Mahkamah Majistret Ipoh bermula hari ini hingga Ahad

2:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekumpulan sembilan individu, termasuk seorang wanita, direman tujuh hari bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak konstable polis sebelum melarikan diri di Simpang Pulai di sini, awal pagi semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah, di Mahkamah Majistret Ipoh bermula hari ini hingga Ahad.

Suspek wanita direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala lapan suspek lelaki pula disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam laporan media semalam, polis menahan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang anggota polis berpangkat konstabel yang cedera dipercayai ditembak seorang lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) di mana mayat seorang wanita warga emas dijumpai di tempat duduk penumpang belakang.

Enam individu mempunyai hubungan kekeluargaan itu terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita, dengan mangsa dikenal pasti sebagai warga tempatan berusia 62 tahun dan disahkan mati akibat kelemasan.

Dalam kejadian semalam, seorang konstabel polis berusia 26 tahun cedera selepas ditembak dan ditikam suspek, ketika cuba menahan kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Desa Pakatan pada kira-kira jam 1.15 pagi.

Suspek kemudian melarikan diri bersama pistol yang dirampas daripada anggota polis terbabit dan meninggalkan kereta berserta mayat seorang wanita yang kepalanya ditutup dengan beg plastik. – 8 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related