HEADLINES

Malaysia jadi negara rujukan rantau Asean bagi pelaksanaan undang-undang sektor ekonomi gig: Kesuma

Kesuma berkata menerusi RUU Pekerja Gig 2025 yang diluluskan semalam, ia memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pekerja gig, sejajar dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi gig negara

9:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia kini muncul sebagai negara rujukan (benchmarking) kepada rantau Asean dan dunia dalam melaksanakan undang-undang progresif bagi sektor ekonomi gig.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) berkata, pekerja gig akhirnya akan menikmati perlindungan yang sewajarnya sejajar dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi gig negara

Semalam, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025, yang memberikan perlindungan undang-undang kepada 1.2 juta pekerja gig di Malaysia.

“Melalui kelulusan rasmi di Dewan Negara ini, RUU Pekerja Gig 2025 kini sebuah realiti yang membuktikan komitmen kerajaan dalam memperjuangkan kebajikan dan perlindungan sosial pekerja gig di negara ini.

“RUU ini meletakkan noktah kepada era tiada perlindungan undang-undang terhadap golongan pekerja ini.

“Sebelum ini, golongan pekerja gig sebagai salah satu teras penting ekonomi negara, tidak dapat mempertahankan hak dan kedudukan mereka disebabkan tiada perlindungan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tidak diiktiraf dalam mana- mana akta perburuhan yang berkuat kuasa,’’ katanya.

Menurut Kesuma, RUU ini merupakan hasil mandat yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kementerian itu pada Mac 2024 bagi merangka mekanisme khas untuk membela hak dan kepentingan pekerja gig di Malaysia.

Sejak itu, katanya, hampir 40 sesi libat urus melibatkan lebih 4,000 pemegang taruh dari seluruh negara dilaksanakan dengan lebih 500 maklum balas atas talian telah diterima.

Libat urus ini, katanya turut melibatkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, syarikat platform, persatuan pekerja gig, kesatuan sekerja, akademik dan pertubuhan masyarakat.

“Proses penggubalan turut diperkukuh dengan penanda aras antarabangsa dan pembentangan di Pertubuhan Buruh Antarbangsa (International Labour Organization (ILO)) di Geneva, yang mengesahkan kesesuaiannya dengan piawaian global,’’ katanya.

RUU ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 28 Ogos lalu dan diiktiraf sebagai satu proses yang telus dan inklusif, hasil penyertaan ribuan pihak berkepentingan malah dinilai oleh pakar pelbagai sektor, termasuk akademik, perundangan, ekonomi, dan wakil organisasi pekerja sebagai berpotensi menjadi penanda aras global dalam perundangan ekonomi gig.

Menurut Kesuma, RUU Pekerja Gig 2025 merangkumi 112 fasal dalam 10 bahagian dan menekankan empat aspek utama memuktamadkan definisi pekerja gig yang sebelum ini tidak dilindungi dalam mana-mana akta buruh, sambil mengekalkan status fleksibel sebagai freelancer atau bekerja sendiri.

Ia juga, katanya mewujudkan Majlis Perundingan yang menghimpunkan wakil kerajaan, wakil pekerja gig serta wakil entiti kontrak untuk membincangkan isu kadar bayaran, kontrak standard dan isu-isu lain.

“Penekanan turut dibertikan bagi menubuhkan Tribunal Pekerja Gig yang menyediakan saluran penyelesaian pertikaian yang mudah, cepat dan kos efektif selain memperkukuh perlindungan keselamatan sosial melalui caruman Perkeso,’’ katanya.

Fokus Kesuma selepas ini, katanya, adalah untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi tujuan pewartaan dan penguatkuasaan Akta tersebut.

“Kesuma merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemegang taruh utama atas input, sokongan dan sumbangan mereka sepanjang proses penggubalan undang-undang ini selama dua tahun,’’ katanya. – 10 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related