HEADLINES

Fahmi jumpa Meta, bincang tangani iklan judi dalam talian

Menteri Komunikasi akan bertemu gergasi teknologi pada 22 September, mendesak tindakan lebih tegas terhadap kandungan haram di Facebook

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, akan mengadakan pertemuan dengan syarikat gergasi media sosial Meta hujung bulan ini ketika kerajaan meningkatkan tekanan untuk membendung aktiviti judi dalam talian yang semakin berleluasa di platform itu.

Fahmi mengesahkan pertemuan pada 22 September ini, sambil menegaskan bahawa Facebook masih menjadi “lubuk” iklan judi walaupun kerajaan berulang kali membuat aduan.

“Mereka ada beberapa persoalan, pertanyaan dan saya percaya 22 September nanti kita akan dapat uruskan beberapa perkara ini, saya juga dapati majoriti kandungan yang diturunkan di Facebook adalah bersifat iklan judi dalam talian dan posting (hantaran) berkaitan judi,’’ katanya kepada pemberita hari ini.

Fahmi berkata Meta setakat ini enggan menyekat akaun kad kredit yang digunakan untuk membeli iklan haram itu, walaupun mengetahui promosi judi dilarang di Malaysia.

“Aduan yang kami telah sampaikan dari awal sehingga sekarang, sekiranya satu iklan judi itu dibayar menggunakan satu kredit kad sebagai contoh, sepatutnya Facebook mengetahui ini kandungan yang tidak dibenarkan dalam Malaysia,” katanya.

Fahmi menegaskan kerajaan memilih jalan dialog berbanding tindakan menghukum, dan menolak sebarang langkah untuk mengharamkan atau menutup platform tersebut.

“Ramai orang mendapat manfaat sosial dan ekonomi daripada platform ini  tetapi kita tidak boleh membiarkan penjenayah menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan atau melakukan jenayah dalam talian,” jelasnya.

Beliau menambah perbincangan dengan Meta juga akan merangkumi isu pelesenan yang dibangkitkan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia. – 14 September, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related