HEADLINES

URA tidak boleh diluluskan tergesa-gesa, jadikan Kg Sungai Baru pengajaran: Johari Ghani

'Saya dah cakap dengan Nga Kor Ming, bersabar, kena tengok banyak kes. Kita selesaikan Sungai Baru

10:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) tidak boleh diluluskan secara tergesa-gesa sebaliknya apa yang berlaku di Kampung Sungai Baru perlu dijadikan sebagai pengajaran.

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, banyak kes yang perlu diteliti termasuk dalam aspek pengambilan tanah untuk pembangunan semula dengan melihat kredibiliti dan latar belakang pemaju serta penilaian tanah.

Menurutnya, ia berbeza dengan pengambilan tanah untuk pembangunan infrastruktur seperti LRT atau pembinaan jalan.

“Bila kita nak cerita pasal URA, ia tak boleh tergesa-gesa. Saya dah cakap dengan Nga Kor Ming (Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), awak kena sabar, kena tengok banyak kes. Kita selesaikan Sungai Baru.

“Undang-undang nak ambil rumah orang nak buat baru, ada banyak peraturan dan kena yakinkan pada orang, kalau orang tak jelas peraturan, kalau nak buat peraturan selepas kita ada undang-undang ini tak boleh.

“Kita kena bincang peraturan ini, kalau boleh kita masukkan dalam Annex undang-undang tersebut,’’ katanya.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata demikian temubual khas Podcast Utama Buletin TV3 malam tadi.

Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Bandar 2025 yang dijadualkan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Ogos lalu telah ditangguhkan pada sidang akan datang yang dijadualkan bulan depan.

Ia ditangguhkan selepas mendapat bantahan hebat daripada pembangkang dan segelintir ahli Parlimen kerajaan sendiri.

Baru-baru ini operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru menjadi kecoh sehingga Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman yang mengalami kecederaan di kepala dipercayai dibaling objek.

Berikutan itu beberapa tangkapan dijalankan dengan suspek bukan penduduk di situ.

Mengulas lanjut, Johari turut membangkitkan mengenai peranan kerajaan sekiranya URA diluluskan dan apa akan berlaku jika pemaju gulung tidak dan tidak dapat meneruskan projek pembangunan semula tersebut.

“Kita kena tengok aspek ini semua supaya undang-undang kita boleh mengatasi segala-galanya an di mana peranan kerajaan sekiranya kerajaan lulus pemaju, lulus projek ini. Lepas tu half way through developer ini bankrap atau pun tutup gulung tikar. Mana kerajaan punya peranan?

“Sebab tu kena berhati-hati,’’ katanya.

Dari segi penilaian tanah pula, katanya, ia tidak boleh bergantung kepada satu penilai sahaja termasuk memanggil penilaian hartanah dari swasta. – 18 September, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Selangor 80% ready for Sukma 2026, key venues must be ready by April: Najwan

The Selangor youth, sports and entrepreneurship committee chairman says the state is targeting full readiness by April

SPA targets 30,000 civil service appointments in 2026

Chairman Ahmad Jailani says new target exceeds last year’s 25,000, ensuring continuity in public service delivery

Related