◉ HEADLINES

Paip gas Petronas di tapak ECRL bocor, polis tutup jalan Kerteh-Ranggon

Polis berkata kebocoran dilaporkan berlaku kira-kira 2km dari jalan utama, tidak melibatkan kampung atau kediaman penduduk

6:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli mengesahkan sudah menutup laluan utama Kerteh-Ranggon buat semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh, pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.53 pagi berhubung kebocoran paip gas jenis butane dalam bentuk gas mudah terbakar.

Mohd Razi berkata, kebocoran dilaporkan berlaku kira-kira 2km dari jalan utama dan tidak melibatkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.

“Langkah awal pihak polis ialah menutup sepenuhnya kawasan kejadian daripada akses orang awam dan pekerja. Bekalan gas di saluran paip gas yang bocor juga telah diberhentikan dan ditutup untuk sementara hingga selesai kerja penyelenggaraan oleh kontraktor.

“Laluan utama Kerteh-Ranggon juga ditutup kepada semua kenderaan bagi tujuan keselamatan manakala Pusat Kawalan Tempat Kejadian juga telah diaktifkan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Dalam masa sama, Mohd Razi berkata, pihak berkuasa sedang memantau situasi dengan rapi dan akan menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa.

Beliau turut menasihati orang awam agar tidak menghampiri lokasi kejadian dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan.

Menurutnya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada bilik gerakan IPD Kemaman di talian 09-8592222. – 20 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related