HEADLINES

Mayat dalam kereta: Rebut harta dipercayai motif pembunuhan

Polis berkata hasil siasatan mendapati suspek utama yang masih bebas dan mangsa mempunyai ikatan kekeluargaan

10:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pertikaian mengenai harta dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga emas, yang mayatnya ditemui dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda di Simpang Pulai, awal bulan ini.

Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati suspek utama yang masih bebas dan mangsa mempunyai ikatan kekeluargaan.

Menurut Noor Hisam, bagaimanapun motif pembunuhan wanita berusia 62 tahun itu hanya boleh disahkan apabila suspek utama yang ketika ini dipercayai melarikan diri ke negara jiran melalui laluan tikus ditahan.

“Memang bermotifkan (pembunuhan) perebutan harta. Kesemua sembilan individu yang ditahan sebelum ini pun ada hubungan kekeluargaan,” katanya memetik laporan Bernama.

Noor Hisam berkata demikian ketika ditemui semalam selepas merasmikan penutupan Program Ter…Paling Pahlawan Challenge 2025 anjuran IPD Hilir Perak di Padang Speedy di Teluk Intan.

Dalam laporan awal media, Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek yang dipercayai menembak dan menikam seorang anggota polis di Simpang Pulai di sini, sebelum mayat seorang wanita ditemui dalam kereta dipandunya.

Seorang konstabel polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan pada bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek.

Susulan kejadian, sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan, bagaimanapun dibebaskan seminggu selepas itu.

Dalam masa sama, Noor Hisam berkata anggota polis terbabit masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan kini dalam keadaan stabil.

“Kami juga masih belum menemukan pistol milik konstabel polis yang dirampas suspek semasa kejadian,” katanya lagi. – 21 September, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related