HEADLINES

Singapura teruskan hukuman gantung Datchinamurthy jam 3 petang ini

Hukuman mati ke atas K. Datchinamurthy, 39, diteruskan petang ini selepas ditangguh pada sebelah pagi

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Singapura akan meneruskan pelaksanaan hukuman mati terhadap warga Malaysia K. Datchinamurthy pada jam 3 petang ini, hanya beberapa jam selepas ia ditagguh seketika pagi ini berikutan petisyen pengampunan pada saat akhir.

Peguam Datchinamurthy, N. Surendran, mengesahkan perkembangan itu kepada Scoop petang ini.

“Saya hanya dimaklumkan bahawa hukuman itu akan dijalankan petang ini,” kata Surendran ketika dihubungi Scoop.

“Tiba-tiba kami menerima maklumat tersebut, ia amat mengejutkan dan sangat kejam.”

Lelaki berusia 39 tahun dari Pulau Pinang itu disabitkan pada 2015 kerana mengedar 45 gram heroin ke Singapura dan telah menghabiskan lebih sedekad sementara menanti hukuman mati.

Hukuman mati itu pada mulanya dijadualkan pada jam 6 pagi hari ini di Penjara Changi namun ditangguh lewat malam tadi selepas petisyen pengampunan dikemukakan kepada Presiden Singapura.

Walaupun ditangguh seketika, terkini pihak berkuasa sudah memaklumkan kepada keluarga dan pasukan undang-undang bahawa hukuman gantung akan diteruskan petang ini.

Surendran berkata, keluarga itu dimaklumkan pada jam 12.30 pagi hari ini bahawa hukuman mati ditangguhkan, memberi harapan nyawa Datchinamurthy mungkin dapat diselamatkan. Bagaimanapun, mereka dimaklumkan beberapa jam kemudian untuk bersiap menuntut mayatnya pada jam 3 petang.

“Ini adalah satu tindakan kejam yang tiada tolok bandingnya walaupun dalam sejarah rejim hukuman mati yang keras di Singapura,” kata Surendran dalam satu kenyataan.

Untuk berpura-pura memberi penangguhan hukuman kepada Dach, memberi harapan kepadanya dan keluarganya, dan kemudian sekali lagi menjerumuskannya ke dalam kengerian dan keputusasaan, adalah tidak boleh dimaafkan dan tidak beradab. Ia sama seperti melaksanakan hukuman itu dengan sewenang-wenangnya, kejam dan luar biasa, yang menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan.”

Beliau menambah “kekejaman yang dilakukan nampaknya sengaja dan tidak berperasaan”, menggelar keputusan itu sebagai “titik terendah baru Singapura” dan menyifatkan situasi itu sebagai “kekejaman negara.”

Surendran mengesahkan keluarga itu telah memfailkan permohonan segera kepada Mahkamah Rayuan Singapura untuk memohon penangguhan pelaksanaan dan mempersoalkan kesahihan prosiding dalam keadaan sedemikian.

“Kami menggesa kerajaan Singapura untuk menghentikan serta-merta pelaksanaan yang menyalahi undang-undang ini bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mengumumkan kesahihan pelaksanaan yang dijadualkan,” katanya.

Datchinamurthy ditangkap pada 2011 dan dijatuhi hukuman mati pada 2015. Pelaksanaan hukuman yang dijadualkan pada 2022 ditangguhkan selepas beliau memfailkan cabaran undang-undang terhadap kerajaan Singapura berhubung hukuman tersebut.

Kesnya, bersama-sama dengan tiga lagi rakyat Malaysia yang dijatuhkan hukuman mati – P. Pannir Selvam, S. Saminathan, dan R. Lingkesvaran – telah diketengahkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), yang menggesa Putrajaya menggunakan semua jalan diplomatik dan undang-undang untuk melindungi rakyatnya yang berdepan hukuman mati di luar negara.

Dalam perkembangan berkaitan, The Straits Times melaporkan polis Singapura minggu ini sedang menyiasat sekumpulan individu yang pergi ke Istana awal bulan ini untuk menyampaikan surat merayu pengampunan bagi pihak empat banduan terbabit.

Usaha menyediakan perwakilan undang-undang untuk banduan juga berdepan halangan. Pada Januari 2024, Mahkamah Tinggi Singapura telah menolak permohonan dua peguam King’s Counsel dari Australia dan Britain — Theodoros Kassimatis dan Edward Fitzgerald — untuk mewakili tiga banduan warga Malaysia dalam rayuan mereka. – 25 September 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related