HEADLINES

Proses dokumentasi China tandatangan protokol SEANWFZ lancar: Mohamad Hasan

Keputusan China untuk menandatangani protokol SEANWFZ tanpa sebarang syarat amat dialu-alukan

11:16 AM MYT

 

NEW YORK – Proses penyediaan dokumentasi untuk negara China menandatangani protokol Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) setakat ini berjalan lancar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Berkongsi mengenai perkembangan itu, Mohamad menegaskan ia merupakan satu proses yang panjang bagi menandatangani protokol terbabit.

“Ketika ini perkembangannya amat baik, malah keputusan China yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menandatangani protokol SEANWFZ tanpa sebarang syarat itu amat kita (Asean) alu-alukan.

“Selepas kenyataan China itu, negara lain seperti Amerika Syarikat sudah mula menyatakan bahawa mereka juga mahu menandatangani (SEANWFZ) dan tidak lagi meletakkan syarat-syarat,” katanya.

Mohamad berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini pada Sabtu selepas selesai menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025.

Pada Julai lepas, Mohamad pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-58 di Kuala Lumpur berkata China menzahirkan komitmen untuk menandatangani perjanjian SEANWFZ tanpa sebarang syarat, dan ia akan dilakukan sebaik semua proses dokumentasi selesai.

Perjanjian SEANWFZ, atau Perjanjian Bangkok, ditandatangani pada Disember 1995 oleh negara anggota ASEAN sebagai komitmen menjadikan Asia Tenggara zon bebas senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran. Ia mula berkuat kuasa pada Mac 1997.

SEANWFZ merupakan satu daripada lima Zon Bebas Senjata Nuklear (NWFZ) di dunia, selain zon di Amerika Latin, Caribbean, Pasifik Selatan, Afrika, dan Asia Tengah. – 28 September, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related