HEADLINES

Sibuk cetus sensasi, Bersatu digesa pecat Wan Saiful

Ketua Bersatu Tasek Gelugor Berkata tindakan Wan Saiful membuat pendedahan tersebut merosakkkan imej parti dan mengelirukan rakyat

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang menggesa kepimpinan parti itu mengambil tindakan tegas, termasuk memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan susulan pendedahan siasatan forensik video membabitkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, Bersatu tidak boleh berdiam diri serta membiarkan individu seperti Wan Saiful terus merosakkan imej parti, selain tindakan wajar diambil demi menjaga integriti, disiplin dan maruah perjuangan.

“Demi kelangsungan parti dan keyakinan rakyat, tindakan tegas termasuk pemecatan adalah satu-satunya jalan keluar. Rakyat sedang menilai. Jika kita gagal bertindak, Bersatu akan dilihat lemah dan berkompromi dengan kelakuan tidak bermoral yang merosakkan perjuangan.

Azmi berkata, tindakan Wan Saiful jelas menunjukkan beliau lebih mementingkan publisiti berbanding memperjuangkan nasib rakyat, selain tingkah lakunya hanya menjadi beban kepada parti, mengalihkan perhatian daripada isu rakyat yang jauh lebih penting.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar itu juga mengecam kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab Wan Saiful yang didakwa mengelirukan rakyat.

“Kita mesti berani membuat keputusan tepat, walaupun pahit. Pemimpin gagal menunjukkan akhlak, disiplin dan kesetiaan kepada perjuangan bukan hanya melemahkan semangat akar umbi, malah memberi peluru kepada pihak lawan untuk menyerang kita.

“Sebagai wakil rakyat, beliau seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat, membawa hujah berasaskan fakta dan penyelesaian, bukannya mengulang retorik murahan demi kepentingan peribadi.

“Rakyat melihat beliau lebih sibuk mencetuskan sensasi daripada menawarkan sebarang cadangan bernas. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia merugikan parti dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan malam tadi, lapor BH.

Dalam laporan media semalam, Wan Saiful mendakwa siasatan forensik terhadap video intim membabitkan Datuk Seri Azmin Ali di Sandakan sebagai sahih.

Justeru, kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, Azmin yang juga Setiausaha Agung Bersatu tidak layak menjadi pemimpin Bersatu selagi kontroversi video tular pada 2019 itu tidak diselesaikan.

Klip video tular didakwa membabitkan Mohamed Azmin yang ketika itu Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebar pada 2019, dipercayai diambil dari hotel di Sandakan, Sabah.

Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas mengumumkan tiada pertuduhan akan dibuat daripada video intim kontroversi dikaitkan dengan Mohamed Azmin itu.

Dalam satu kenyataan media Thomas berkata, pakar forensik Amerika Syarikat gagal mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusi yang rendah. – 30 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related