◉ HEADLINES

Masalah Wi-Fi punca gangguan transaksi Budi95 di Pasir Gudang: Petron

Petron berkata ia adalah kes terpencil dan pelan kesinambungan perniagaan telah diaktifkan bagi menangani situasi terbabit

9:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gangguan sambungan Wi-Fi dikesan sebagai punca transaksi pembelian petrol RON95 menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) di stesen minyak Petron di Pasir Gudang, Johor tersekat.

Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron) dalam satu kenyataan menjelaskan, insiden membabitkan seorang pelanggan itu adalah kes terpencil dan pelan kesinambungan perniagaan telah diaktifkan bagi menangani situasi terbabit.

“Kami (Petron) telah menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas dan bagi mereka yang menerima bantuan kami, transaksi diteruskan pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi yang layak. Isu ini adalah terpencil.

“Semua stesen lain beroperasi seperti biasa dan kami akan terus memastikan urusan pelanggan berjalan lancar,” demikian jelas Petron menerusi kenyataannya di Facebook, lapor Bernama.

Menerusi kenyataan itu, Petron turut menasihati pelanggan yang mengalami sebarang isu untuk menghubungi Petron Care melalui talian 1300 228 211 atau e-mel ke [email protected] bagi mendapatkan bantuan.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang pelanggan mengalami gangguan transaksi ketika berurusan di stesen minyak Petron di Pasir Gudang.

Pelaksanaan sistem Budi95 memasuki ujian sebenar apabila lebih 16 juta rakyat menebus inisiatif subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter bermula semalam (Selasa).

Ia menguji kecekapan sistem digital yang dibangunkan kerajaan, malah turut dilihat sejauh mana penyelarasan antara stesen minyak, penyedia teknologi, dan agensi pelaksana mampu menangani lonjakan jumlah pengguna secara serentak. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related