◉ HEADLINES

‘Semua orang ada jasa, yang paling corrupt pun ada jasa’ PM puji keberanian SPRM

SPRM telah menggegarkan negara dengan keberanian bertindak terhadap siapa saja yang dianggap telah melanggar undang-undang, kata Anwar

10:17 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak berani terhadap sesiapa sahaja termasuk individu berpengaruh berhubung isu rasuah.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Madani pimpinannya akan terus mendukung usaha SPRM dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

“Saya lihat SPRM telah menggegarkan negara dengan keberanian bertindak terhadap siapa saja yang dianggap telah melanggar undang-undang.

“Tahniah kepada semua, mana pernah dalam sejarah keberanian SPRM untuk bertindak kepada pembesar-pembesar yang paling berpengaruh,” kata beliau berucap pada sambutan ulang tahun SPRM ke-58 dan pelancaran Keep Malaysia Clean (KMC) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Anwar berkata SPRM kini melaksanakan tindakan menyeluruh secara teliti dan berani mengambil risiko, meskipun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak.

“(SPRM kini laksana) suatu tindakan menyeluruh dengan teliti, dengan berani dan sedia mengambil risiko. Ini yang telah dilakukan SPRM yang kami banggakan dan saya menyanjung tinggi kepada keberanian saudara (warga SPRM).

“Negara hebat dan kaya seperti mana sekali pun tidak mungkin dapat bertahan kalau ketirisan berlaku atau rasuah menular. Sejarah juga membuktikan pasang surut tamadun kerana kerosakan dan kebobrokan sistem akibat rasuah,” kata beliau.

Perdana Menteri turut menempelak tindakan sesetengah pihak yang mempertikai siasatan SPRM membabitkan tokoh, individu berpengaruh atau kes rasuah bernilai jutaan ringgit.

“Kalau saudara geledah orang yang ratusan juta ringgit dan bilion ringgit risikonya besar dan sokongan tidak banyak,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata meskipun sesetengah individu itu berjasa kepada negara, mereka juga tidak terlepas daripada peruntukan undang-undang sedia ada.

“Ramai yang beri alasan orang itu berjasa, tidak sihat atau banyak membantu negara tetapi jasa bukan alasan untuk menghalang tindakan. 

“Semua orang ada jasa…yang paling corrupt pun ada jasa,” kata beliau dan menambah tekad politik dan peruntukan sedia ada akan membolehkan SPRM melakar lebih banyak kejayaan. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related