◉ HEADLINES

Hajiji menghadap Tun Musa pagi ini, spekulasi pembubaran DUN Sabah hangat diperkatakan

Media melaporkan pertemuan itu difahamkan bagi mendapat persetujuan untuk membubarkan DUN Sabah, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri

10:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pagi ini, ketika spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semakin hangat diperkatakan.

Konvoi kenderaan yang membawa Hajiji, dilihat memasuki pekarangan Istana Seri Kinabalu di Sabah, pada jam 8.51 pagi ini bagi menghadap Tun Musa.

Menurut Astro Awani, pertemuan itu difahamkan bagi mendapat persetujuan untuk membubarkan DUN Sabah, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

DUN Sabah ke-16 dijadualkan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya ia tidak dibubarkan lebih awal dari tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan situasi di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran negeri Sabah kelihatan tenang dengan petugas media turut berkumpul seawal 9 pagi bagi melakukan persediaan pengumuman pembubaran DUN.

Aktiviti di menara berkenaan berjalan seperti biasa, namun difahamkan satu majlis bersama pemimpin negeri akan diadakan di menara itu hari ini.

Setakat berita ini ditulis masih tiada pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN atau jemputan menghadiri sidang media perkara itu.

Sebelum ini, spekulasi mengenai pembubaran itu hangat diperkatakan dengan ada yang menyatakan DUN Sabah dibubarkan pada hari ini.

Semalam, jurucakap Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri memaklumkan jemputan media bagi menghadiri pengumuman pembubaran DUN oleh Hajiji akan dimaklumkan pada waktu sesuai.

Pada Khamis lepas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) memutuskan untuk keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan akan bertanding secara solo dalam PRN17.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden GRS yang dipengerusikan oleh Hajiji yang berlangsung di Sri Gaya.

Namun semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan STAR dan SAPP keluar daripada GRS sebagai satu taktik politik lama menjelang PRN Sabah ke-17.

Seramai kira-kira 662,000 pengundi baharu layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN Sabah yang akan datang, menjadikan jumlah keseluruhan pengundi kepada 1.786 juta.

Jumlah tersebut berdasarkan daftar pemilih sehingga Ogos 2025, yang telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 September.

Jumlah keseluruhan pengundi pada PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020 ialah seramai 1.124 juta orang. – 6 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related