◉ HEADLINES

Mayat dipercayai pengawal keselamatan ditemui di Sungai Klang

Polis berkata kejadian disedari seorang lelaki tempatan pada jam 11.15 pagi ketika membuat tinjauan di kawasan projek sebelum memulakan kerja

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat individu dipercayai seorang pengawal keselamatan ditemui tersangkut di celah batu bersama longgokan sampah di seberang Sungai Klang berhampiran USJ 1 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian disedari seorang lelaki tempatan pada kira-kira jam 11.15 pagi ketika membuat tinjauan di kawasan projek sebelum memulakan kerja.

“Pengadu ternampak mayat dalam keadaan terlentang di seberang sungai sebelum menghubungi talian kecemasan MERS 999.

“Mangsa berpakaian lengkap dengan baju-T berkolar berwarna hitam bertulis ‘Security’ serta seluar panjang hitam dan dianggarkan mempunyai ketinggian sekitar 160 sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, mayat berkenaan dibawa ke tebing sungai dengan bantuan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat SS17 Subang Jaya.

“Mayat terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh pada jam 2.45 petang.

“Identiti si mati masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama,” katanya lagi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal oleh pegawai forensik mendapati mayat sudah dalam keadaan mereput dan punca kematian belum dapat dipastikan.

“Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Wan Azlan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100 atau Ketua Polis Balai USJ8 di talian 019-655 8707,” katanya. – 10 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

I recommended the seven heritage players: Tengku Muda Pahang

Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah said the footballers were recommended to the Football Association of Malaysia (FAM) through proper channels with the genuine intention of strengthening the national team

Home Ministry’s 6 banned books mostly young adult romances, 3 of them LGBT-related

Ministry says bans are a 'preventative action' against harm from content it deems unsuitable for public consumption.

Pas sacks three Perlis assemblymen over alleged mutiny against MB

The party expels Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail, and Mohd Ridzuan Hashim following their submission of statutory declarations against the Menteri Besar’s leadership

◉ Related