HEADLINES

Bajet 2026: Pendidikan percuma PTPN libat 5,800 anak keluarga miskin di IPTA 

Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara tetapi culas membuat bayaran balik

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberikan pendidikan percuma menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA, melibatkan peruntukan RM120 juta setahun mulai 2026.

Perdana Menteri merangkap Kementerian Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2026 berkata, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah.

“Ini memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun,’’ katanya.

Beliau juga menegaskan, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik.- 10 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Over 1,700 Malaysian products to enjoy zero tariffs under new US trade deal

Palm oil, rubber, cocoa and aerospace equipment among exports covered under the Reciprocal Trade Agreement signed between Malaysia and the United States

Malaysia bans ‘Hong Thai Inhaler’ after Thailand recall over bacterial contamination

Health Ministry blocks online sales and warns public to stop using the unregistered product, citing serious health risks

Dilema pelakon veteran, tiada tawaran sejak berbulan lamanya, watak ibu digantikan dengan pelakon muda

Kisah pelakon veteran tidak menerima sebarang tawaran lakonan bukanlah sesuatu yang baru. Kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun situasi ketika ini semakin meruncing

Related