HEADLINES

2,724 pelajar dari 34 MRSM dijangkiti influenza, Mara arah laksana PDPR

Pengerusi Mara berkata langkah itu diambil selepas setiap MRSM berkenaan mencatatkan jangkitan influenza melebihi 50 kes

9:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengarahkan 34 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) susulan 2,724 kes membabitkan pelajarnya dijangkiti influenza.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, langkah proaktif berkenaan diambil pengurusan Mara selepas setiap MRSM berkenaan mencatatkan jangkitan influenza melebihi 50 kes.

“Sejak penularan kes berlaku, pengurusan Mara sudah mengarahkan semua pengetua MRSM mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terjamin.

“Antara langkah yang dilaksanakan termasuk memberikan rawatan segera kepada pelajar yang mempunyai simptom influenza di klinik kesihatan atau hospital, mengasingkan pelajar yang sakit daripada yang sihat serta memastikan pemakaian pelitup muka,” katanya lapor BH.

Asyraf Wajdi berkata, Mara turut mengarahkan supaya pelajar dibekalkan dengan air masak yang mencukupi, menangguhkan sebarang aktiviti luar buat sementara waktu serta memastikan sekolah sentiasa berhubung rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan mematuhi segala nasihat yang diberikan.

“Keutamaan utama MARA ialah kebajikan dan keselamatan semua warga maktab.

“Justeru, semua langkah pencegahan sedang dilaksanakan secara berterusan bagi mengekang penularan jangkitan ini,” tegasnya.

Terdahulu Asyraf Wajdi dalam satu muat naik di Facebook berkata, pengurusan Mara mengarahkan mana-mana MRSM yang merekodkan lebih 50 kes influenza, dibenarkan mengarahkan pelajarnya pulang dan mengadakan kelas secara PDPR bagi memutuskan rantaian virus dan proses sanitasi dilakukan.

Media sebelum ini melaporkan, KKM dalam kenyataan mendedahkan 97 kluster jangkitan Influenza A dan B dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding 14 kluster pada minggu sebelumnya dengan majoriti membabitkan institusi pendidikan. – 12 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related