HEADLINES

Angka sebenar pelajar terima pendidikan percuma ikut kapasiti IPT: Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi berkata, meskipun jumlah diumumkan sebanyak 5,800 pelajar, angka sebenar akan berbeza bergantung kepada keperluan dan kapasiti IPT pada setiap tahun

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata jumlah pelajar yang bakal menikmati pendidikan percuma seperti diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan ditentukan mengikut proses pengambilan tahunan di institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, meskipun jumlah diumumkan sebanyak 5,800 pelajar, angka sebenar akan berbeza bergantung kepada keperluan dan kapasiti IPT pada setiap tahun.

“Senarai penerima akan bergantung kepada bilangan pengambilan baharu setiap tahun. Angkanya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kapasiti institusi.

“Belanjawan yang diumumkan baru-baru ini memberi peluang besar kepada pelajar pintar ini untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa ada halangan kewangan.

“Disebabkan itu kita harapkan lebih ramai pelajar pintar akan terpilih untuk masuk dalam program ini,” katanya selepas merasmikan Dialog Dasar Kesatuan Eropah (EU) – ASEAN Pendidikan Tinggi di sini, hari ini lapor BH.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2026 mengumumkan peruntukan RM120 juta setahun bagi pendidikan percuma.

Ia akan diberikan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar daripada keluarga miskin untuk melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Anwar berkata pendidikan percuma itu akan dilaksanakan khusus kepada pelajar dari keluarga miskin yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,705.

Sementara itu, mengulas pendidikan percuma berkenaan, Zambry berkata langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan memastikan tiada pelajar cemerlang tercicir hanya kerana kekangan kewangan, seiring prinsip keprihatinan yang ditekankan dalam pentadbiran Madani.

“Apa yang ditunjukkan ini menggambarkan kerajaan mempunyai nilai keihsanan dan prihatin kepada nasib mereka yang kurang bernasib baik.

“Kita tidak mahu kekangan, kesusahan dan kemiskinan itu menyebabkan mereka yang pandai daripada keluarga miskin ini tidak dapat meneruskan pendidikan mereka.

“Akan ada satu pendekatan menyeluruh dilaksanakan dalam memastikan anak-anak daripada keluarga miskin ini dapat masuk untuk melanjutkan pengajian mereka,” katanya. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related