HEADLINES

Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut, dipercayai ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2

Kejadian dipercayai berlaku 9.30 pagi tadi ketika waktu persekolahan

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, selepas pelajar berkenaan dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai sebilah pisau ke sekolah.

Media melaporkan, suspek dipercayai menyerang dan menikam mangsa ketika waktu persekolahan. Motif kejadian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek yang merupakan pelajar sekolah sama, telah ditahan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Anti Buli di sini hari ini.

Menurut Khalid, kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan akan dikongsi oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related