HEADLINES

Sidang Kemuncak Asean: Kesuma galak majikan sektor swasta laksana Aturan Kerja Fleksibel

Kesuma berkata, AKF cukup membantu pekerja yang terkesan dengan kesesakan aliran trafik sepanjang Sidang Kemuncak Asean 2025

5:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menggalakkan majikan di sektor swasta untuk mempertimbang pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) sempena Sidang Kemuncak Asean pada hujung bulan ini.

Kesuma dalam kenyataan hari ini berkata, AKF diperkenalkan di bawah pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Menerusi peruntukan itu, pekerja sektor swasta berpeluang memohon AKF bagi menyesuaikan waktu, hari atau lokasi bekerja tanpa menjejaskan keperluan operasi dan produktiviti organisasi.

Kementerian itu memaklumkan, melalui peruntukan Seksyen 60P dan 60Q di bawah Akta 265, pekerja boleh memohon AKF kepada majikan masing-masing untuk menyesuaikan waktu, hari atau lokasi bekerja termasuk bagi tempoh tertentu seperti penganjuran Sidang Kemuncak Asean 2025 dengan mengambil kira keperluan operasi syarikat dan kelangsungan produktiviti.

“Bagi menggalakkan lebih banyak majikan melaksanakan AKF, Kesuma menerusi Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah memperkenalkan potongan cukai tambahan sebanyak 50% ke atas kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian yang ditanggung oleh majikan, tertakluk sehingga RM500,000 bagi permohonan antara 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2027,” kata Kesuma.

Sehubungan itu, Kesuma dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan TalentCorp telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel yang dirangka secara komprehensif dan boleh diakses di portal rasmi Kesuma, JTKSM dan TalentCorp serta boleh dimuat turun menerusi pautan 

Kesuma turut menyambut baik langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang membenarkan pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) secara fleksibel bagi penjawat awam.

“Pelaksanaan dasar itu di sektor awam dan swasta mencerminkan pendekatan Kerajaan Madani yang progresif serta menekankan kesejahteraan pekerja tanpa menjejaskan produktiviti.

Sehubungan itu, Kesuma menggalakkan majikan sektor swasta mempertimbangkan permohonan AKF oleh pekerja yang terkesan dengan kesesakan aliran trafik sepanjang Sidang Kemuncak Asean 2025, sejajar dengan usaha kerajaan memperkukuh budaya kerja fleksibel dan seimbang,” kata Kesuma.

Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan Sidang Berkaitan, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini di Kuala Lumpur, dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah penganjuran kumpulan serantau itu. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related