◉ HEADLINES

Pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama dijangka siap sepenuhnya November ini: KPM

KPM berkata penentuan jumlah dan lokasi pemasangan CCTV adalah mengikut keperluan dengan kerjasama pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) dan PDRM

3:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPM Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 200 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya menjelang November ini.

Beliau berkata, projek itu yang dilaksanakan sejak Ogos lalu membabitkan peruntukan berjumlah RM3 juta, bertujuan memperkukuh aspek keselamatan pelajar di kawasan sekolah dan asrama selain membendung insiden tidak diingini termasuk kes buli.

“Pemasangan ini melibatkan sekolah-sekolah berasrama yang telah dikenal pasti berisiko tinggi termasuk yang mempunyai rekod kejadian buli dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Persaraan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2025, hari ini.

Wan Hashim berkata pemasangan CCTV itu dilihat mampu membantu siasatan secara lebih menyeluruh kerana sebelum ini, banyak kes yang berlaku di kawasan sekolah dan asrama sukar dibuktikan.

Menurutnya, penentuan jumlah dan lokasi pemasangan CCTV di setiap sekolah adalah mengikut keperluan dengan kerjasama pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) dan PDRM bagi mengelakkan sebarang pelanggaran privasi khususnya melibatkan pelajar serta guru.

“Setiap sekolah berbeza… jadi, ia dibuat mengikut kesesuaian sekolah berkenaan dan mungkin ada yang perlukan lapan unit kamera atau 10 unit, ikut kesesuaian…kita akan rujuk nasihat daripada CGSO untuk tentukan pasang (CCTV) dari segi sudut yang sesuai,” katanya. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related