◉ HEADLINES

Polis siasat rakaman video ‘pemimpin politik’ didakwa fitnah, hina Raja Perlis

Laporan polis itu dibuat Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Arau Hazalan Haron yang mendakwa boleh menjejaskan maruah dan reputasi Institusi Diraja Perlis

9:29 AM MYT

 

ARAU – Polis menerima satu laporan berkaitan rakaman suara didakwa mirip seorang pemimpin politik negeri ini yang dipercayai mengandungi kenyataan berunsur fitnah, penipuan serta penghinaan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Ketua Polis Daerah Arau, Ahmad Mohsin Md Rodi berkata laporan itu dibuat oleh Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Arau Hazalan Haron pada kira-kira 5.30 petang tadi semalam.

Laporan itu, katanya dibuat selepas Hazalan menonton video menerusi sebuah akaun TikTok pada 11.30 pagi yang memaparkan rakaman suara berkenaan.

“Kenyataan yang dikeluarkan dalam rakaman tersebut dipercayai mengandungi unsur fitnah, penipuan serta penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis.

“Kandungan rakaman itu telah disebarkan secara terbuka menerusi beberapa platform media sosial, dan mengandungi maklumat yang tidak benar serta boleh menjejaskan maruah, reputasi dan Institusi Diraja Negeri Perlis,” katanya, lapor Bernama.

Siasatan yang dijalankan, katanya termasuk menentukan seksyen bersesuaian di bawah peruntukan undang-undang yang terlibat.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda Umno Perlis merangkap Pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Arau Ahmad Nazrin Abdul Aziz menegaskan laporan polis berkenaan bukan bermotifkan politik, sebaliknya dibuat atas dasar tanggungjawab moral dan semangat mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan.

Beliau berkata keutuhan dan martabat institusi diraja perlu sentiasa dipelihara demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan negeri.

“Saya percaya pihak polis akan menjalankan siasatan secara adil dan profesional serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.

“Saya juga menyeru semua pihak, khususnya pemimpin negeri dan penjawat awam lebih berhemah dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hubungan dengan institusi diraja,” katanya. – 18 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related